• Kategori

  • Post Lepas

  • Kalendar

    January 2010
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Statcounter.com

    wordpress com stats
  • Info Kereta : Penapis minyak (Oil Filter)

    January 6th, 2010 by amnan85

    Gantikan Penapis Minyak Injin Setiap 10,000 Km

    Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak yang sesuai ketika menukar minyak injin.

    Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan injin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen injin.

    Sebelum berhadapan dengan masalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km.
    Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut:

    1. Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungi benda yang boleh merosakkan kompenen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran.
    2. Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis.
    Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang.
    3. Kemudian setelah injin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak injin disekitar penapis minyak atau tidak.
    4. Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa.
    5. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambah minyak injin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada injin.
    Contohnya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Berdasarkan maklumat itu, pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan kenderaan dipasang dengan penapis yang rendah mutunya.

    Posted in Info Kereta | | | 2 Comments


    2 Responses to ' Info Kereta : Penapis minyak (Oil Filter) '

    Subscribe to comments with RSS

    1.   amrie said,

      on January 11th, 2010 at 5:50 pm

      good info!!

    2.   ELMER said,

      on September 13th, 2010 at 3:27 am


      CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices.Best quality drugs. No prescription drugs. Order pills online

      Buy:Cialis Soft Tabs.Viagra Super Active+.Viagra Soft Tabs.VPXL.Maxaman.Zithromax.Viagra Professional.Propecia.Viagra Super Force.Cialis Super Active+.Cialis.Tramadol.Viagra.Super Active ED Pack.Levitra.Soma.Cialis Professional….

    Sorry, the comment form is closed at this time.

  • Archives

  • Meta

  •  

    Bad Behavior has blocked 10 access attempts in the last 7 days.